Home » » Pengalaman Di padang pasir.

Pengalaman Di padang pasir.

Assalamualaikum...
Semalam kami ke red sand,riyadh.
Padang pasir di riyadh,seperti nama nya...pasir nya merah.

Perjalanan ke red sand mengambil masa kira-kira 45minit dr rumah kami.
Redsand ni menjadi destinasi hujung minggu yg popular utk Saudis dan expatriates.
Utk sampai ke redsand,kami melalui kawasan bukit,kampung,bukit batu dan ladang kurma..






breathtaking scenery...masyaAllah...


Kami singgah di perkampungan terdekat utk solat asar dahulu.
Di saudi ni masjid,musolah terlalu banyak dan ia sangat memudahkan mereka yg tinggal di bumi bertuah ni.

Dan setiba nya di redsand,anak2 cukup excited....dan kami pun sama.
Melarikan diri dr kesibukan bandar riyadh sambil melihat pemandangan yg indah di padang pasir ini,cukup mendamaikan hati.



Carpet yg sentiasa ada dlm kereta kami.
Kami terikut dgn cara org arab,org arab suka picnic,asal ada taman,mereka akan picnic,asal ada ruang,mereka akan picnic...ummmm apa lagi kan aktiviti nk buat kat saudi ni.
Tp aktiviti picnic ni sememangnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.duit pun x keluar sgt...hehe..




Sekarang tengah musin sejuk..memang best la jika ke padang pasir..pasir pun sejuk.masyaAllah.


Tekstur pasir yg sungguh halus,lembut dan berwarna merah...subhanallah.



Sampai sj di padang pasir,sy perlu habiskan tilawah sy,sy ikut program 1 day 1 juz bersama 30 org sahabat dr Malaysia dan indonesia.
Ada lg 3 muka surat belum habis baca,jd sy habiskan bacaan di padang pasir ni.
MasyaAllah....padang pasir dan alquran.sungguh mendamaikan.
Sementara Aaron,Isaac & dady dah berlari panjat bukit pasir.


Ok la sampai sini sj entry kali ni.
beberapa keping gambar lagi utk tatapan kalian.
Moga semua sahabat diberi peluang utk datang ke bumi bertuah ini...arab saudi.insyaAllah.

















Yuslida Othman
Red sand
Saudi Arabia❤️❤️❤️

2 comments:

  1. Salam... Indahnya gambar indahnya ciptaan indahnya ayat utk tatapan :D

    ReplyDelete
  2. cantiknya pemandangan padang pasir

    ReplyDelete