Home » » Apa itu soft sell dan hard sell.Teknik berniaga yg berkesan.

Apa itu soft sell dan hard sell.Teknik berniaga yg berkesan.

Salam semua.apa khabar?alhamdulillah,moga semua sihat dan bahagia walau di mana berada.

Hari ni,yus nak berkongsi dgn anda tentang startegi berniaga.
Berniaga perlu ada strategi....tak bole sebarangan tanpa matlamat dan strategi.
Umpama bg berperang tanpa persediaan,pasti akan kalah.
Jd berniaga perlu ada persediaan dan strategi.
Yg yus nk focus hari ni adalah....cara berniaga,sama ada SOFT SELL & HARD SELL

Soft selling bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, usahawan juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.


Research ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam Industri seperti MLM.

Soft sell sangat berkait rapat dengan penjenamaan diri seseorang. Semakin ramai orang mengenali anda semakin mudah untuk anda tarik lebih ramai pelanggan. Dan semestinya anda punyai kredibiliti yang baik dan boleh dipercayai. Terus terang saya katakan blog adalah salah satu kaedah pemasaran soft selling. Aktifnya saya menulis akan memberikan gambaran yang lebih jelas dari sudut kepercayaan dan kewibawaan. Tapi saya menulis bukanlah semata-mata mahu menjual atau ingin mendapat untung duniawi, ia adalah ikhlas untuk berkongsi ilmu. Ia ibarat pahala memberi. InsyaAllah dapat juga untungnya nanti dari Allah SWT.

Soft Selling seolah-olah kita tak cakap yang kita menjual secara langsung. 
Ia tidak melibatkan tekanan psikology kepada potential customer. Ia lebih menarik minat customer tu secara passive dan menggunakan emosional. 

Sebagai contoh, customer A ni ada masalah sekian2, so kita dah tau apa masalahnya, maka kita tunjukkan penyelesaian terhadap masalah beliau. Sudah tentu customer ni yang selama ini dibelenggu oleh masalah ini akan lebih mudah terpengaruh tanpa kite perlukan usaha yang lebih untuk promote produk kita.




Hard sell pula..apa ini???


Hard Selling ni macam terus promote direct apa yang product kita ada. Kita direct berhadapan dengan prospek dan potential customer terangkan pasal produk kita. Bagus hard selling ni kalau tiba mengena pada orang yang berminat dah bersedia untuk membeli, tapi keburukannya pula ialah bila mana ia terlalu excessive dan terlampau memberi tekanan, orang akan mula menyampah dan mula menjauhi diri kita.

 Contoh paling senang nampak ialah, kita private message (PM) seseorang tentang sesuatu produk tu. Itu kalau secara online. Kalau secara offline, kita berdepan betul2 dengan potential customer kite laqlu terangkan pasal produk kita – tak kira beliau berminat mahupun tidak.



Kita xnk kn org larikn diri dr kita?kita nk cari customer,tp oleh kerana terlalu aggresive,terlalu memaksa dan nmpk sgt nk menjual,sampai org xnmpk keikhlasan kita berniaga.
Kita nk mereka dtg pd kita...jd apa kita perlu buat?kita perlu bercerita,cerita ttg product dgn lebih santai dan tenang..org nk dgr pun sedap...



Sekali sekala hard sell xpe,tp jgn kerap sgt...org pun mnyampah.tak best kn?

Ok harap artikel ni sedikit sebanyak dpt membantu anda.
Semoga berjaya dlm perniagaan anda.
Berniaga dgn mengingati Allah.insyaAllah,Allah akan tolong permudahkan urusan kita.


0 comments:

Post a Comment