Home » » Tips kurus yg berkesan!

Tips kurus yg berkesan!

Salam semua.apa khabar?
Alhamdulillah..hari ini yus nak share dgn kalian TIPS KURUS.
Selain kita mengambil set kurus lengkap shaklee,ada beberapa petua juga bole di amal kan...dan ada yg yus buat juga.
Ya yus mmg obses nk kurus dan sihat.
Buat lah,gabungan SET KURUS LENGKAP SHAKLEE DAN PETUA2 DI BAWAH..
insyaALLAH anda akan berjaya turun berat badan spt yus.
Best tau,yus dari 85-63kg...masyaallah!
ingat ada org perlukan 3 combination utk kurus...supplement,senaman & diet.


Jom kita baca artikel di bawah ya.
Yala!

1. JANGAN BERLAPAR

Ni cukup penting.jangan berlapar...kenapa??
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.
 Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
 Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak.
Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.
 Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
Jadi,dont skip ur meal.makan....tp bersederhana lah.control ya..
insyaAllah dgn pengambilan esp dgn cinch mix shake,perut kita berasa kenyang dan otot2 kita terpelihara.



2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi (sikit je ok..yus x galakkan anda minum minuman manis...)dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL
. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Jika tidak mau guna cara ini,makan omega guard sebelum meal ya.insyaAllah nafsu makan dpt di kurangkan.

3.MINUM AIR KOSONG MENGIKUT BERAT BADAN.

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air,jd kira berapa berat badan anda & anda akan tau berapa liter air diperlukan oleh badan anda.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
NI PALING2 PANTANG!

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air
 Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air.
Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.less salt plssss!

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
 Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
 cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah.
 Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Sarapan dgn esp atau cinch mix shake adalah yg terbaik.pls,no more nasi lemak,goreng2....not good for ur health.k?

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.
 Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan dan nampak la lebih sopan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. BIAR MAKAN KERAP DENGAN KUANTITI YANG SEDIKITdaripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. JIKA ANDA TERASA INGIN MAKANsnek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. KURANGKAN PENGAMBILAN marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.kita suri rumah,kita yg control apa yg patut ada dlm dapur kita.

Ok???pasti bole!

12. APABILA MAKAN DI RESTORAN ATAU GERAI , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

Ingat,less sugar pls my dear....cozy house,restaurant wajib bila yus pulang ke malaysia.hihihi



13.. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Buat la 2 minggu sekali ke,sebulan sekali ke.



15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Yus suka mkn corn flakes,mix dgn madu.tak pun yus beli bijirin yg 2 weeks challenge tu.best tau.



17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.
 Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
 Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.kita nak kurus dan fit serta sihat.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Dlm seminggu,ada 3,4 kali yus mkn benda kukus.ayam kukus,sayur kukus tabur halia,tabur lada hitam..garam sikit.nasi segenggam.dan kenyang.alhamdulillah..

20. Ketika memilih piring makanan , pilih pinggan yg kecil.

Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!jangan lepak borak2 lama2 kat meja makan.waduh2....mmg tangan nk suap mkanan je la.



21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita

yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut ,

gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.ni fave yus.guna hula hop kayu.besar punya.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
yus selalu buat jumping jacks atau lumpat bintang,mountain climbing dan setiap hari yus bersenam palinng jurang 20 minit sehari.best tau,lagi pun 20 minits sj,xkan anda x bole?

26. Jalan cepat.

 Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
Yus pakai skechers shape up.utk bakar calori semasa berjalan.masa mula2 pakai mmg letih...sakit habis kaki ni.tp berbaloi...percaya lah.pg beli 1 ek!



27. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas

 Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

28. Renang

 adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

29.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


30.air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.DETOX DRINK.tp kalo da ada alfafa complex dgn herb lax,da x yah susah2 nk buat detox drink ni.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


31.Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


32. air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.ni yus buat,tp phewwwww......xsedap! 

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


33.Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu kalo bole no sugar ya..



baiklah,harap nya entry ini memberi manafaat buat semua ya.Yus dah berjaya turun berat badan dgn pengambilan SET KURUS LENGKAP SHAKLEE DAN DGN MENGAMALKAN CARA HIDUP YG SIHAT BERDASARKAN TIPS2 DI ATAS.

ANDA JUGA PASTI BOLEH!YAKIN LAH...CUKUP2 LAH KITA MENJADI GEMUK,PENAT,LETIH,TAK SIHAT KAN RASA NYA BILA BADAN TERLALU BERAT...
YUS DAH PERNAH LALUI FSAA LEBIHAN BERAT BADAN,3 TAHUN YUS 80-85 KG....YUS PAHAM APA YG ANDA RASAI,JD SB ITU LAH YUS NK TOLONG ANDA,TP ANDA PERLLU MOTIVASI DIRI ANDA DULU,BARU LAH YUS DPT TOLONG ANDA YA?

utk sebarang nasihat dan jika hendak membeli set kurus atau ingin menjadi ahli shaklee..
hubungi yus spt di bawah.Yus di arab saudi,tp customer yus banyak di Malaysia,dgn shaklee,di mana2 kita bole berniaga...insyaAllah.Banyak lagi yus nk share bersama customer2 yus dan KHIDMAT NASIHAT SECARA PERCUMA EKSKLUSIF BUAT PELANGGAN YUS SERTA FOLLOW UP YG BERPANJANGAN DARI YUS HINGGA ANDA MENDAPAT BERTA BADAN YG DI IDAMI,RAMAI DAH DPTKAN PERKHIDMATAN DR YUS,ANDA BILA LAGI?

xoxo
yuslida othman
whatsapp: +966 5949 12399
fb:Ayu Othman https://www.facebook.com/mumy.rayyans




2 comments:

  1. apa ni yus, orang baca tips ni, tak jadi kurus, sebab banyak sangat tipsnya, hahahaha

    TERBAIK !!!!

    ReplyDelete