Home » » Mencari redha Allah

Mencari redha Allah

Asslamualaikum..apa khabar?alhmadulillah kita masih bernafas di bumi Allah..
Hari ni sy nak berkongsi dengan semua mengenai MENCARI REDHA ALLAH.

Sy selalu ingat kan diri sy....
Kita ni pencari rezeki,
Allah pemberi rezeki,
Jd pd Allah lah kita minta.

Segala tips berniaga dah buat,tp knp sales x memberangsangkan?
Tips,manusia bole bagi.
Ketua bole bagi,org berjaya bole bagi.
Tp rezeki siapa yg bagi?
ALLAH.
dgn Allah kita perlu minta.
Bukan minta acuh x acuh,minta semahu2 nya.


Amal wajib jg.maksud jaga adalah jg dgn baik dan berkualiti.
solat 5 waktu di awal waktu.
Puasa sunat.
Sedekah.
Solat sunat.-solat taubat,solat dhuha,solat tahajud,solat hajat.
ni kalo mampu buat hari2.
Mengaji.hari2.kalau mampu 1 hari 1 juz.
Aurat jg.
Hubungan dgn manusia jaga.
Elakkan sakitkan hati org.

Jangan bagi SISA pd Allah.
Sisa waktu.
Dah nak hbis waktu br nk solat wajib.
Dah nk tidur malam br nk mngaji.
Bila terdesak br cari Allah.


Apa2 Allah dulu.
Bangun pagi,solat subuh,mengaji dulu,doa dulu,zikir dulu.
Br keluar cari rezeki.
Dlm mencari rezeki,zikir byk2 jg,sampai waktu kene solat,terus pg solat.jangan tangguh.

Allah maha menilai.
Penilaian Allah itu tepat.
Tak kurang,tak lebih..
Bersesuaian.

Kita bukan x ikhlas.
Sb nk murah rezeki br ikut perintah Allah.
Hmmm pd siapa kita harus minta?
Siapa tuhan kita?
Allah kan?
Allah dah kata,berdoalah pd ku dgn bersungguh2,nescaya akan Aku perkenan kan.
Jd bila nk minta murah rezeki,nk berjaya dlm kerjaya,kita kene minta pd Allah,pd siapa lagi??
Kenapa takut kata x ikhlas pula?
Nak minta dgn Allah,kita perlu lah ikut perintah NYA.
Baru lah permintaan kita termakbul.
Lama kelamaan,habit kita meminta pd Allah menjadi satu kebiasaan dan akan ada satu tahap dimana kita tak selesa kalo x solat dhuha,xsolat tahajud,xselesa jika xbuat amal sunat yg lain.
Semua nya sb sudah menjadi kebiasaan kita.dan serasi dgn darah daging kita.kan bagus?

Usaha dr kita dan dgn redha Allah,insyaAllah kita akan berjaya.
Cari redha Allah dgn ikut perintah nya.


Dan jgn bermegah jika kita tak ikut perintah Allah tp masih murah rezeki dan kaya raya,hidup senang lenang...
Jangan bangga,kerana itu tandanya kita sedang di istigrajkan oleh Allah.
Nauzubillah min zalik.

Apa tu istigraj?
Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu alam...
Moga tulisan ini memberi inspirasi baru,ilmu baru dan semangat baru utk kita semua
InsyaAllah.


Salam sayang dr arab saudi,
Yuslida Othman

1 comments: