Home » » Pengalaman umrah dan ziarah...Kisah di jabal rahmah

Pengalaman umrah dan ziarah...Kisah di jabal rahmah

Assalamualaikum semua..

Hari ke 3 kami umrah dan ziarah.
Hari ni kami ke Jabal Rahmah...
Kebetulan kami ke sini...sy ingin berkongsi dgn kalian hasil tulisan dari Haji Subky Haji Abdul Latif.
Ini susunan cerita terbaik mengenai adam dan hawa.
Diharapkan sahabat punya sedikit amsa utk membaca cerita ini dan moga bertambah ilmu ttg cerita2 islam.
Di jabal rahmah ini lah adam dan hawa di temukan setelah dikeluarkan dr syurga...
Bagaimana?
Kenapa?
Baca lah kisah ini..
Dari awal hingga akhir....insyaAllah,cerita ini amat menarik.


ADAM DAN HAWA..
Dari syurga ke jabal rahmah.

Bab 1 – Khalifah Di Bumi
Pelengkap Alam
•  Adam adalah makhluk pertama dari makhluk manusia yang dicipta oleh Allah di alam ini untuk menjadi penghuni bumi dan memakmurkan bumi bersama segala makhluk haiwan dan makhluk ghaib iaitu jin.
•  Sebelum Adam, Allah telah mencipta jin dan malaikat. Jin dicipta dahulu. Iblis termasuk dalam kelompok jin. Kemudian barulah malaikat.
•  Melalui keterangan dari al-Quran diketahui bahawa manusia bukanlah pilihan pertama untuk menjadi pentadbir alam ini. Allah telah menawarkan mandat kpd makhluk lain yang sedia ada seperti langit, gunung ganang dan bukit bukau bagi mengambil peranan khalifah ini.
•  Tetapi ke semua makhluk itu menarik diri, enggan menerima tawaran itu justeru tanggungjawabnya yang terlalu berat dan masing-masing tidak terdaya menunaikannya.
Kekeliruan Mahkluk
•  Berlaku dialog antara Allah dn malaikat yang telah dirakamkan dalam al-Quran seperti:-
Dan (ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka
bertanya (tentang ketetapan Tuhan itu dengan berkata: “Adakah Engkau (Ya
Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman : ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Bab 2 – Penciptaan Adam
Bumi Bertempik
•  Allah telah memerintahkan Jibril untuk mengambil tanah pilihan di serata pelusuk bumi dari empat penjuru alam.
•  Bahagian tanah yang hendak diambil oleh Jibril itu enggan dirinya diambil walaupun Jibril datang secara beradab. Ia minta kerjasama. Bumi bertempik membantah percubaan Jibril itu.
•  Bumi tidak mahu sebahagian drp tanahnya apabila menjadi darah daging manusia nanti, nescaya ada yang termasuk dlm kumpulan mahkluk terlibat dalam perbahalan dan pembunuhan, malah ada yang derhaka kepada Allah.
•  Jibril mengadap Allah dengan tangan kosong. Kemudian Allah mengirim malaikat Mikail pula. Mikail juga berhadapan dengan masalah yang sama. Lalu Allah memerintahkan pula Israfil. Israfil juga pulang saja setelah mendengar bumi bertempik.
•  Kemudian Izrail pula diperintahkan menjalankan tugas yang berat itu. Izrail menerima layanan yang sama. Bumi bertempik. Ianya sedikit pun tidak melemahkan Izrail, sebaliknya ia sendiri membalas tempikan itu. Ia menjerkah bumi, sambil berazam pantang mengadap Allah dengan tangan kosong.
•  Akhirnya Izrail dapat menjalankan tugasnya. Allah memberi penghormatan kepadanya dgn mengamanahkannya sbg Malaikat Maut.

LembagaAdam Terbiar
•  Lembaga Adam itu tidak terus menjadi manusia yang hidup serta merta. (Surah Hijr ayat 28-29). Ia dibiarkan sehingga kering dalam tempoh waktu yg tertentu.
•  Allah boleh menjadikannya serta merta, tetapi Allah mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri mengapa lembaga itu mesti kering sendiri.
Permulaan Derhaka
•  Sejak alam dan segala isinya dicipta, tidak terdapat sebarang anasir kafir. Semuanya taat kepada Allah. Tetapi sejarah kelahiran manusia telah memulakan kewujudan hamba Allah yg kafir.
•  Perbuatan iblis yang engkar sujud kepada Adam telah menggugurkan imannya krn perintah sujud itu adalah dari Allah.
Adam Ditempatkan Di Syurga
•  Secara tepat lembaga Adam ditempat dan dikeringkan di syurga. Di situ Allah meniupkan roh ke badannya.
•  Hawa juga dicipta di syurga. Setelah iblis diperintahkan meninggalkan syurga, Adam tinggal tidak berteman.
•  Naluri manusia yang sempurna tidak boleh hidup bersendirian tanpa teman. Maka Allah mentakdirkan Adam tertidur. Ketika tidur itulah satu batang dari tulang rusuk kirinya dikeluarkan dari tubuhnya dan dijadikan seorang perempuan yang dikenali sbg Hawa.

Bab 3 – Transit Di Syurga
Ingatan Allah kepada Adam
•  Ketika memberi izin untuk mendiami syurga, Allah mengingatkan Adam tentang dua perkara.
•  1) Iblis adalah seterunya yang nyata dan seteru kpd anak cucunya hingga hari qiamat.
•  2) Jangan dekati satu pohon di syurga. Makanlah segala buah yang ada, tetapi jangan memakan buah dari pohon larangan itu, kerana ia akan menjadikan dia golongan yang zalim.
•  Dua anasir yang Allah ingatkan inilah yang kemudiannya menjadikan Adam dan Hawa juga terusir dari syurga seperti iblis yang terusir sebelumnya.
•  Allah Maha Perancang. Pokok larangan yang diharamkan kpd Adam itu adalah ujian dan persediaan bagi memungkinkan Adam dan Hawa dipindahkan ke bumi.
•  Apabila iblis mengetahui adanya ingatan Allah supaya Adam dan isterinya jangan mendekati satu pohon di syurga, maka serta merta ia menjadikan perkara itu sbg senjata utk menggoda musuhnya.
•  Iblis menggunakan taktik lebih menggoda Hawa. Sifat orang perempuan pada umumnya lebih mudah digoda dan tergoda dari orang laki-laki. Dan sifat orang laki- laki pada umumnya mudah tunduk kepada rayuan dan pujukan orang perempuan.
•  Walaupun Adam telah diingatkan bahawa iblis itu adalah musuh, tetapi dengan pujuk rayu Hawa, Adam melupai ingatan itu.

•  Iblis telah diusir dari syurga. Bagaimana dalam kawasan yang ia diharamkan, rasukannya boleh sampai kepada Adam dan Hawa?
•  Inilah kekuasaan Allah. Bisikan iblis boleh tiba kepada Adam dan Hawa walaupun mereka ditempatkan di tempat yang iblis tidak bebas mendekatinya.
Adam dan Hawa Terpedaya
•  Hawa yang lebih awal terpedaya telah memakan buah larangan itu dan dengan pujuk rayu Hawa, Adam ikut melanggar larangan itu.
•  Allah berfirman:
“Maka syaitan memujuk keduanya (utk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah itu, nampaklah oleh keduanya aurat-aurat mereka, dan mulailah mereka menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka, ‘Bukankah Aku melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua.’” Surah Al A’raaf ayat 22.
•  Adam tersangat sedih dengan kesalahan yang dilakukannya. Keduanya mengaku telah melakukan kesalahan dan segera bertaubat.
•  Taubat Adam dan Hawa telah diterima Allah. Walaupun kesalahan keduanya diampunkan oleh Allah, tetapi keterlanjuran mereka tidak dapat mengekalkan lagi mereka di syurga. Mereka dengan ini diperintahkan oleh Allah meninggalkan syurga sebagai balasan.

Bab 4 – Diusir ke Dunia
•  Adam dan Hawa tercampak di bumi di tempat yang berlainan. Pendapat popular mengatakan Adam jatuh di Sri Lanka. Tetapi ada pendapat beliau turun di India. Manakala Hawa pula dikatakan terhumban nun jauh di daerah Jeddah, di Semenanjung Arab.
Tiba Di Gelapan Malam
•  Ada khabar yang sukar disahkan, Adam mendarat pada waktu malam yang gelap gelita. Alangkah gelapnya hidup kalau dunia ini sepanjang-panjangnya gelap.
•  Yang demikian itulah ujian, itulah dugaan dan pengalaman hidup. Adam menyangka bahawa dunia adalah tempat yang gelap.
•  Bagaimana mahu mencari Hawa kalau dunia bergelap? Apakah ertinya kejelitaan wajah Hawa jika ditemui dalam gelap? Adam adalah makhluk yang dijadikan tidak boleh melihat dalam gelap. Bagaimana hendak mencari Hawa? Payahnya ujian hidup ini.
•  Puas meraba-raba, tiba-tiba terpancar segaris cahaya di timur dunia. Itulah tanda matahari terbit. Rupanya dunia tidak sepanjangnya malam. Ia ada siang dan malam.
•  Adam bersyukur. Dia sembahyang mensyukuri rahmat Allah ketika fajar mula menyinsing.

Hawa Menunggu, Adam mencari
•  Terlalu banyak penderitaan yang dihadapi sementara menunggu Adam. Kadang- kadang duduk menunggu pertemuan yang tidak diketahui bila akan berlaku adalah lebih derita dari berjalan ke sana ke mari mencari orang yang hendak ditemui.
•  Dalam keadaan seperti ini kalau kedua-dua berjalan mencari yang lain maka kemungkinan pertemuan lebih lambat atau tidak bertemu langsung. Jadi, Hawa sebagai isteri wajar menunggu dan Adam sebagai suami mesti keluar mencari.
•  Di tanah lapang gurun Arafah yang rata meluas itulah Hawa setiap hari dan setiap minggu dan bulan bergerak ke sana sini mencari bahan makanan kerana manusia memerlukan makan untuk hidup.
•  Ketika Hawa sesudah makan, maka Hawa naik ke anak bukit (Jabar Rahmah). Duduk di situ merenung jauh memerhatikan kemungkinan Adam tiba. Di situlah beliau duduk setiap hari dengan sabar dan berdoa supaya segera ditemukan Adam.
•  Adam tidak pernah hilang sabar. Sekalipun penat berjalan, Hawa belum juga ditemui. Dia berjalan terus. Terasa terlalu penat, dia berehat. Sesudah segar dia berjalan lagi. Dia sabar dan berdoa agar diberi petunjuk supaya Hawa mudah dicari.
•  Kian dekat Adam ke Jabar Rahmah, Adam kian terhidu bau Hawa dan merasakan destinasinya telah dekat. Detik hati dan naluri secara sendiri memberi tahu melalui perasaan, yang dicari sudah dekat.
•  Hawa sendiri terasa yang Adam sudah hampir sampai. Kian dekat masa bertemu, kian terasa rindu dan rasa tidak sabar untuk bertemu.


•  Dari bukit itu, Hawa mulai nampak kelibat manusia datang. Kelibat itu bermula dari satu objek yang samar-samar menjelma menjadi bentuk kecil. Ia kian membesar. Itulah wajah dan tubuh Adam. Itulah wajah yang dilihat di syurga dulu, tidak berubah. Hawa terus menunggu di tempatnya.
•  Adam tidak dapat menahan sabar untuk tiba segera ke pangkuan Hawa. Jalannya kian cepat. Langkahnya bertambah cepat. Sudah tidak terasa penat. Azamnya satu, mahu segera menemui isteri yang terpisah 40 tahun dahulu.
•  Dengan izin Allah, keduanya bersatu semula di bukit kecil yang berhari-hari Hawa duduk di situ. Selepas pertemuan itu, bukit itu diberi nama Jabal Rahmah iaitu bukit rahmat.


Penulis : Haji Subky Haji Abdul Latif


Anak tangga menuju ke jabal rahmah


Menuju ke jabal rahmah



Tiba di atas jabal rahmah.
Ada yg ambil kesempatan ini utk solat di atas jabal rahmah


Kami berdua di atas jabal rahmah..


Di atas jabal rahmah terdapat ramai peniaga berniaga.
Tp sekeliling jabal rahmah tidak bersih.
Mereka sesuka hati membuang sampah mereta2....astagfirullah hal azim...


Setelah selesai berdoa,kami bergerak ke ziarah seterusnya..ke gua hira

InsyaAllah nnt sy tulis entry ttg pengalaman di Gua hira...
InsyaAllah.

Xoxo....yuslida othman


0 comments:

Post a Comment