Set kurus lengkap shaklee

Set kurus lengkap yg saya pakai...

Selamat...tidak turun secara mendadak yg membahayakan...

Slow & steady but surely....

InsyaAllah,sambil mkn set ni,masa mkn tu niat dan doa pd Allah moga apa kita mkn ni membuahkn hasil.

Jgn mkn mcm tu je...ingat kita ada Allah yg maha berkuasa...


"Ya Allah,jadikan usaha ku utk kurus dgn selamat ini akn berhasil"


Amin.....






Sumber petunjuk umat islam

Jangan jauh dr sumber petunjuk kita sbg umat Islam.

Jika jauh,apatah lagi nak memahami nya,maka huru hara lah kita sbg umat Islam.


Tak perlu tengok sekeliling dan mula judge org,tp tgk cermin,tgk diri sendiri......jauh x kita dr sumber petunjuk dr Allah ni?

Baca x?

Fahami x?

Jika tak pandai baca,jgn jdkan alasan utk kita tidak mendekati nya...kita bole belajar,kita bole dengar org lain baca,kita bole baca tafsir utk memahami nya....

Tiada alasan....


Balik la pd Al quran.

Sumber petunjuk kita,

Pemberi pertolongan pd pembaca nya di akhirat kelak,

Penenang jiwa......




SET KECANTIKAN WAJAH SHAKLEE.. NUTRIWHITE DAN ENFUSELLE

SET KECANTIKAN WAJAH SHAKLEE.. NUTRIWHITE DAN ENFUSELLE


Ramai yg mula berminat untuk mencuba skin care Shaklee..tapi anda perlu tahu..shaklee ada 2 jenis produk kecantikan wajah ye iaitu 
NUTRIWHITE dan ENFUSELLE..

Jika anda berminat nak cuba tapi tak tahu nak pilih yang mana satu ? Nutriwhite atau Enfuselle ? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 bersesuaian dengan jenis kulit dan masalah kulit anda.

Ketahui kedua-duanya dan mana yang lebih sesuai dengan kulit anda 




1) SKIN CARE NUTRIWHITE 
- lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Antara produk-produk Nutriwhite :

- Gentle Deep Foaming Cleanser :
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

- Soothing Radiance Whitening Softner :
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan
Ianya sangat berkesan

- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

- Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
Lembut dan mudah diserap oleh kulit

- Overnight Renewal Whitening Cream :
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

- Gentle Action Makeup Remover :
Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

- Spot Whitening Treatment :
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus





2) SKIN CARE ENFUSELLE - Sesuai pada yang berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori produk Enfuselle :

(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
Mencerahkan tona kulit
pH yang seimbang
Hipoalergenik

2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
Terbukti secara klinikal
Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
pH yang seimbang
Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
Mencerahkan tona kulit
pH yang seimbang
Hipoalergenik

2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal
Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
pH yang seimbang
Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
Membantu mengawal kulit berminyak
Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


sumber : Shaklee Malaysia


Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.


Macam mana nak kenyang dgn set kurus shaklee?

Assalamualaikum...

Sj nk cerita hari ni,sy nk cerita psl bfast dan dinner sy...

Macam mana nk kenyang dgn set kurus shaklee ni?


Sy bfast esp dgn oats 6 sudu besar....

Dulu2 sy x rs pun kenyang.

Hahahahahaha! Perut kapasiti besar.

Tp semakin lama sy guna set kurus shaklee ni,semakin perut sy terbiasa dgn product nya da seriusly sy kenyang dgn combination esp dan oats sbg bfast sy.




Dulu...hmmm milo 2 gelas,roti 3 keping,kuih2,bihun,mee,nasi...sbg bfast.

Hmmmmm sb sy lapa.

Mmg la kene mkn kn??? Btl x?

Tp tu la badan naik kaw2.

So alhamdulillah ada set kurus ni ada benda yg tlg mengenyangkan.

So xda la sy mkn byk lagi...

Serupa jg bila malam....sy da x mkn mengarut2 lagi...malam lg la,da la xbyk bergerak,xda aktiviti,bdn xberpeluh...mkn lak byk,pastu tidur....

Hmmmmm mmg patut pun naik sampai 85kg kn....haih.

Tp now...malam2 minum cinch mix shake dgn oats jg.

Sy x rajin la nk mix dgn mcm2...

Basic sj sy buat,esp dgn cinch mix dgn oats.

Settle.

Alhamdulillah.....


Perut selalu kenyang



Ni dua la yg buat sy kenyang.
Esp shaklee dgn Cinch mix shake shaklee....

Selain tu sy mmg ambil set kurus lengkap.
Nanti sy sambung lagi ya...

Take care.
Nak dpt kn product shaklee,hubungi sy spt di bawah ya....
Jom kurus!




Kenapa ramai yg sukakan ESP?


Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami? 



1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda 
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit 

Tips ESP

* Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi

* Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal

* Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

Utk dapatkan stok ESp,hubungi sy spt di bawah...


Perbezaan Shaklee dan MLM lain

Perbezaan Shaklee dan MLM yg lain.

MLM....satu perkataan yg membuatkan ada yg anti pada nya.
Tp apakah maksud MLM itu?

apakah itu MLM?
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah)
orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. 



Halal atau haram perniagaan MLM?
Ini persoalan yg bermain di benak fikiran sy....
Kerana sy juga sebelum ini adalah anti MLM.
Walau pun sy lihat perniaagan berasaskan MLM ni semakin berkembang pesat di negara kita.
Saya takut.
Rezeki...nk beri ke anak....halal ke x???

Tp setelah sy dpt maklumat tentang status MLM,alhamdulillah sy kembali yakin....

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam”. Selain itu ia turut mengikuti garis-garis syariah. 

Lihat ayat yg terakhir....
"Mengikuti garis-garis syariah"
Makna nya di sini...ada MLM yg tidak mengikuti garisan syariah.
Apa hukum nya jika yg x mengikut garisan syariah?tepuk dada tanya lah iman.

Apabila sy mengenali shaklee,sy hanya menjadi ahli atas tujuan utk kegunaan sendiri.
Dlm masa yg sama sy mula memerhatikan apakah perbezaan perniagaan shaklee dgn perniagaan MLM lain...

Melalui pemerhatian sy,di sini sy akan nyatakan satu persatu perbezaan perniagaan shaklee dgn perniagaan MLM yg lain.

1.Modal Rendah
Mendaftar ahli MLM sebenarnya adalah modal kita. 
Tidak seperti perniagaan lain yang memerlukan untuk kita mengeluarkan modal yang tinggi, sehingga ada yg memerlukan kita membuat pinjaman bank berpuluh ringgit.
MLM shaklee hanya memperuntukkan untuk kita menjadi ahli dengan  bayaran RM65 utk pendaftaran dan rm10 utk bayaran pos memberkit.
Jauhkan beza nya?

2. Risiko kurang
Kenapa risiko kurang? 
Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi,rm65 sj modal nya iaitu pendaftaran sb ahli.
Selain itu,-
Tidak perlu membuat stok,jadi tiada isu lambakan stok di rumah kita...

4. Mendapat Bimbingan
Sudah namanya MLM, jadi mesti kita ada upline. 
Dengan MLM kita ada upline untuk membimbing kita. 
Ini yang menariknya MLM shaklee.
Kita akan sentiasa mendapat bimbingan serta motivasi dari upline.Walaupun upline kita jauh beribu batu pun, tetap boleh berhubung dengan teknologi yang terkini sekarang. 
Seperti sy,upline sy di penang,malaysia,manakala sy di riyadh arab saudi...
Tp kami masih dpt berhubung dan sy dpt menghadiri kelas secara online anjuran kumpulan sokongan di atas sy.
Manakala...bg down line sy yg di malaysia,mereka berguru dgn sy yg jauh di arab saudi...dgn pelbagai teknologi yg ada,kami manafaat sebaik nya..
Jarak bukan alasan lagi.
Menjadi tugas sy utk membimbing downline sy hingga mereka berjaya.


5.dlm Shaklee,kami diberi pilihan utk menghadiri kelas sama ada secara online atau offline.
Spt sy,sy memilih utk menghadiri kelas secara online iaitu melalui webinar.
Ini begitu memudahkan sy....san sb itu lah sy mampu mendapat sebegitu byk ilmu ttg marketing,ttg product walaupun sy tinggal jauh dr malaysia.
Dan kpd ahli yg lain di Malaysia,kelas yg di adakan begitu santai dan bersifat kekeluargaan.
Suami,anak2,isteri bole join kelas,bole bawa anak2 kecil dgn mainan2 mereka.
Kelas yg dibuat adalah di waktu pagi atau ptg..ahli2 shaklee tidak perlu keluar bermewting sehingga jam 3-4 pagi....
Kerana apa???
Kerana shaklee mementingkan kekeluargaan.

6.Harga product yg berpatutan

Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee vitalea ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah..

7.Tiada paksaan membeli.
Customer mempunyai hak 100% utk membuat pilihan product shaklee yg mana mereka hendak beli.
Jika mereka perlukn panduan,distributor shaklee akn memberi panduan dan adalah penting utk anda memilih distributor yg berilmu dan berkualiti.

8.Product halal.
Ini adalah kewajiban umat Islam sebelum menggunakan sesuatu produk wajiblah dikenalpasti halal haramnya.
Begitu juga dengan produk Shaklee.
Ada ke Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM?

Semua sedia maklum JAKIM adalah badan bertauliah yang diberi tanggungjawab mengawal selia dan meluluskan kehalalan tidak kira apa produk sekali pun yang akan diguna pakai oleh umat Islam terutamanya di MALAYSIA.

Alhamdulillah versi terkini Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM yang telah dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services America).

Bertarikh 21 Januari 2013, Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM kini boleh didapati di laman web rasmi Shaklee Malaysia.

Ramai yang tidak tahu bahawa ISA itu sendiri sebenarnya telah diiktiraf oleh JAKIM.



9.Product berkualiti.
Produk Shaklee dikenali lebih 57tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Syarikat Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.



10.Sistem perniagaan yg jelas.
Setiap ahli yg membuat pembelian akn diberi bonus berdasarkn syarat yg di tetapkan..perlulah minimum mempunyai 150point utk layak mendapat bonus.
Bonus adalah berdasarkan point.
Semakin banyak point,semakin tinggi lah cash bonus nya.
Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

11.Sistem perniagaan yg adil.
Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.
Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. 

12.sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. 
Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.




13.Jika di lihat,kebanyakkan distributor yg telah berjaya dlm shaklee tidak perlu menunjuk2 kemewahan masing2....yg di tunjukkan adalah kesihatan yg semakin baik,yg di tunjukkan adalah keberkesanan product pd diri masing2...
Yg gemuk berjaya kurus,yg kulit bermasalah berjaya menjadikan kulit sihat berseri2...
Yg ada penyakit spt kencing manis,darah tinggi semakin sihat....
Itu lah MLM shaklee....biar product yg berbicara.



14.Bukan head hunting
Shaklee BUKAN seperti kebanyakan MLM di luar sana yang menekankan head hunting,bila dpt ajak org join MLM terus dpt komisyen.Tidak...Tidak..shaklee tidak begitu.
Komisyen adalah berdasarkan jualan product.

15.Keahlian adalah seumur hidup.
Sekali mendaftar itu lah selama nya.
Tidak perlu renew keahlian spt MLM lain.
Tidak perlu membuat pembelian mengikut syarat2 tertentu utk mengekalkan keahlian..

16.saling mengambil berat antara satu sama lain...saling berkongsi...
downline baru tidak dibiarkan seorang diri..org2 atas sendiri ada utk membimbing downline2...

17.Menekankan amalan kerohanian berupa solat dhuha, zikir Ya Wahhab, selawat,solat tahajud, ayat seribu dinar dan sebagainya...dalam meningkatkan jualan.
Secara tak langsung,MLM shaklee ni mendekatkan diri kita dgn PEMBERI REZEKI...Allah swt....


Di harap dgn penjelasan ini memberi satu pandangan baru tentang MLM SHAKLEE bukan spt MLM LAIN.
Jika ada sebarang soalan,hubungi sy spt di bawah.
Dan jika berminat menjadi ahli,jadikan sy sbg upline anda dan sy akan mberi yg terbaik pd downline sy...







Supplement utk anak dari shaklee

Ibu2 bg supplement ape kt anak2?

Yus bg omega shaklee..
picit dlm susu atau mkanan aaron dgn isaac,hari2...nk anak bijak,jd ini antara usahanya insyaAllah..

Ni yus da bg isaac minum meal shake dr shaklee jg.
Payah isaac ni,memilih mkanan,berat pun xnaik2,dia belum putus susu badan lg.
Da 3 tahun..yus try bg mcm2 brand susu,pediasure la,enfalac la...tp dia mcm nk muntah minum.ayooo



Bila bg meal shake..alhamdulillah,dia suka rs meal shake ni.
Serius yus sbg mak happy sgt2.
Now dia da mix,susu badan dgn meal shake...slow2 bg dia berhenti bf..da besar la...grrrr!

Jom la bg supplement omega dgn meal shake ni utk anak2 kecil,anak2 yg bersekolah...
Mereka jg perlukan supplement jg.

Apa kebaikkan meal shake ni lagi?

Shaklee bukan sahaja menyedia kan supplement utk org dewasa...
Tp ada juga supplement utk anak2...

Yg terhebat ada lah,"MEAL SHAKE"

Yg punya anak yg sgt memilih mkanan,mcm mana nk pastikan anak dpt nutrisi yg secukup nya??
Anak yg mudah sakit,mcm mana nk naik kan antibodi nya supaya tidak mudah sakit?

Di bawah adalah 15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

πŸ‘«kurangkan Ekzema
πŸ‘« Tumbesaran
πŸ‘« untuk Perkembangan Minda
πŸ‘« Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
πŸ‘« Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
πŸ‘« Untuk Anak kekal aktif
πŸ‘« Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
πŸ‘« Meningkatkan berat badan anak
πŸ‘« Membantu anak fokus
πŸ‘« Membantu kurangkan kekerapan asthma
πŸ‘« Mengatasi masalah sembelit pada anak
πŸ‘« Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
πŸ‘« Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
πŸ‘« Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
πŸ‘« Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Dapatkan promosi bulan May,
Beli 6 meal shake percuma 1 botol.
Berbaloi2....
Saya dah.
Ibu2 lain bila lagi?
Ibu2 nak jadi ahli shaklee utk membeli product dgn harga ahli???
Pm sy cepat.
Dptkn promosi mealshake ini dan jd ahli shaklee sekarang!





Cara nak jadi Ahli Shaklee...untung ke?

Assalamualaikum semua.
Yus masih lagi di Madinah,sekarang dalam hotel nnt waktu asar yus pg masjid.
Kene bergilir dgn suami sb kami x bawa anak ke masjid..maklum la sekarang tgh ada wabak mers...

Ok dikesempatan yg ada yus nk cerita mcm mana nk jd ahli shaklee.
Untung ke jadi ahli shaklee ni?



Utk jadi ahli shaklee ada 2 cara:

Cara utk menjadi ahli.
Cara # 1
Yuran keahlian RM65 seumur hidup
Postage untuk memberkit 
       Semenangjung RM10
       Sabah/Serawak RM10

Cara # 2
FREE Membership dari Shaklee dengan pembelian produk melebihi 200uv atau dalam RM650 ke atas

Dgn cara yg pertama itu,yuran sebanyak rm65 sj dah melayak kan anda mendapat keahlian seumur hidup.
Ya SEUMUR HIDUP.
Xyah nk renew2 keahlian lg.

Dgn cara kedua nampak lebih untung sb dpt keahlian percuma.
Ya percuma apabila kita membuat pembelian product yg bernilai rm650 ke atas.
Product yg di beli terus akan dibeli pd harga ahli.
Jimat sgt2....
Dan apa bila kita membuat pembelian rm650 ke atas ni,anda juga layak utk dpt cash bonus.
Cash bonus ni diberi jika pembelian melebihi rm650....untung lagi!
MasyaAllah...

Once da jd member shaklee,ada beberapa kelebihan utk member.

1) pembelian product dgn harga ahli.
Harga ahli semestinya lebih rendah dr harga utk bukan ahli...
Ahli shaklee dpt menikmati harga 20-30% lebih rendah dr harga bukan ahli.


2) setiap brg yg dibeli ada point tertentu.
Dlm shaklee,point ni kita panggil UV.
Uv ni maksud nya unit volume @ points.

Apabila pembelian sudah dibuat,point terkumpul dlm masa sebulan,
shaklee akan reward pd pelanggan nya dgn pemberian cash bonus.
Lagi byk point,lg byk lah cash bonus nya.
Cash bonus ni maksud nya duit.
Shaklee akan bank in duit kpd pelanggan yg layak dpt cash bonus.

Utk dpt cash bonus,minimum point yg perlu di kumpul adalah sebanyak 150uv point.nanti,bila da jd ahli,anda akan dpt list brg dgn point utk setiap barang.
Senang la nak tau berapa point anda dpt.

Cash bonus ni dpt setiap 15hb bulan berikutnya.
waktu duit gaji da slow tu....member2 shaklee ni dpt  duit dr shaklee.best kan?

brg shaklee ni samaada guna sendiri & kumpul point sendiri @ jual pd org lain pun bole dpt point.yg penting syarat nk dpt cash bonus adalah minimum point terkumpul adalah 150 uv

Yg join shaklee utk kegunaan sendiri,anda jgn risau,tiada paksaan utk mengekalkn point.
Itu bukan cara shaklee.tiada paksaan.

Pd yg jd ahli utk buat business,anda perlu usaha utk dpt lebih byk point,kerana lebih byk point,maka lebih byk lah cash bonus yg anda bakal terima.
Sekali lagi,tiada paksaan.
Yg rs nak dpt bonus lebih,usaha lebih la.

Mcm mana yg berniaga shaklee ni nk dpt untung selain dpt cash bonus yg shaklee bg berdasarkan uv point??

Macam ni....Kita jual product shaklee kepada org yg belum ahli dgn harga runcit,situ pun da dpt untung.
Kita beli dr shaklee dgn harga ahli,kita jual pula dgn harga runcit...
Tp perlu diingatkan,shaklee telah menetap kan harga runcit.
Kita x bole sesuka hati meletakkan harga sendiri.

Bila berniaga shaklee,anda tak perlu simpan stok brg shaklee,bila ada org order,br kita order.
penghantaran pun dibuat oleh shaklee sendiri.kecuali la kalo cod.cash on delivery...
Shaklee buat penghantaran di seluruh malaysia
Macam sy,sy tinggal di luar negara,jd sy sendiri perlu buat penghantaran ke arab saudi.
Tak susah nk pos brg ke saudi insyaAllah.
Cuma kadang2 ambil masa yg lama...sb tu sy buat stok.
Kalau sy kat Malaysia,xperlu la buat stok.
Hihihi...
Branch shaklee pun dekat je dgn rmh sy kat Malaysia.

Utk ahli yg makan sendiri dan ahli yg berniaga,akan dpt memberkit.
Dlm memberkit mengandungi:
- bag shaklee
-buku2 tentang product
-buku cadangan set
-buku manual perniagaan
-buku tentang syarikat shaklee
-senarai harga,point
-senarai product

Dgn ada nya memberkit ni...mmg mudah sgt utk kita tau product apa kita sesuai nak pakai.

Dan yg plg best,utk setiap ahli shaklee,kita semua akan memiliki id shaklee & dgn id ini kita bole log in ke website shaklee.
Tak semua org tau bole buka website ni...website ni utk ahli je.
Sgt eksklusive ok.



Melalui website ni,kita akan dpt pelbagai info terbaru ttg shaklee
-aktiviti shaklee
- info ttg promosi bulanan
- info ttg jumlah point
-info ttg jumlah cahs bonus
DAN YG PAKING BEST ADALAH....
Melalui website ni kita bole buat pembelian product SECARA ONLINE.

Yup...shopping di hujung jari.
Sgt2 mudah.
Klik2 nk beli apa,buat payment melalui debit card atau credit card..letak alamat penghantaran...dan SIAP....
Xsampai 10 minit shoping online ni.
Mudah sgt2.


Dan bagi yg tinggal di luar negara mcm sy,teknologi dan kemudahan yg shaklee sedia kn ni la buatkan kita bole berniaga shaklee walaupun kita tak berada dlm Malaysia,kita bole hantar order customer dgn online shopping mcm ni....
MasyaAllah....syukur sgt.



Nak rasa semua ni?
Jom la register dgn sy.
Alhamdulillah group shaklee di bawah naungan sy semakin membesar.

Hubungi yus melalui:
Email:yuslidaothaman@gmail.com
Facebook: Puan Yuslida



Salam sayang semua.



Naik rank dlm shaklee...bonus 4 angka!

Assalamualaikum....closing bulan april da berakhir... MasyaAllah...Alhamdulillah.
Sorang anak shaklee sy mengikuti jejak langkah sy...naik jd Supervisor dlm masa sebulan join sbg member.
Naik rank dlm shaklee adalah satu kejayaan yg diidam kan oleh setiap ahli yg berniaga.

Anak shaklee sy..Salmah Idrus Sal
Join Shaklee bulan lepas,23 march 2014 dan dia bersungguh buat business ni.

Alhamdulillah,bulan lepas,april 2014 dia jd Supervisor.
Jd supervisor adalah penting sbg langkah pertama utk bergerak lebih jauh bersama shaklee.

Dia hanya buat shaklee sbg part time  business,tp nampak semakin serius sekarang.
Moga Allah terus bantu kak sal utk pg jauh dlm shaklee.
Dan selamat menikmati cash bonus 4angka 15hb depan.




Pd yg nak join shaklee,yg nak makan sendiri atau pd yg nk berniaga shaklee,pm yus....
InsyaAllah yus akan guide sebaik mungkin.
Yus nak naikkan lebih ramai org2 berjaya dlm shaklee sambil dpt kesihatan yg baik dgn izin Allah bersama shaklee.

Pd anak2 yg lain,potensi sudah semakin nampak.
Perlu usaha lebih lg dr segi marketing dan tambah lg amalan rohani...
Moga Allah tolong.

Yus selalu pesan:
Allah pemberi rezeki,
Kita pencari rezeki....
Dalam apa kita buat,jgn lupa sungguh2 minta tlg dr Allah.
Allah maha adil utk setiap sesuatu.

Alhamdulillah ala kulli hal..

“Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ 
membawa maksud segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.



Cinch energy tea mix...tea cepat kurus!

Assalamualaikum....

Sy masih di madinah.

Mana2 sy travel...set shaklee sy xkn lupa.

Sekarang kul 4:30pm kt sini,jd utk tea time sy minum segelas cinch energy tea mix ...yg dlm gelas tu.

Sy guna air panas,bole jg guna air sejuk...tp xsuka la tea herba dgn air sejuk...xngam rasanya.

Tp ada org suka dgn air sejuk....

Terpulang pd selera masing2 ya....


Tea ni utk tingkatkan metabolisme sy...dlm nk kuruskan badan,sy perlukan sesuatu utk boost up metabolisme rate sy.

Org badan senang naik ni sememangnya punya kadar metabolisme @ pembakaran lemak yg rendah....

Kesian kn....sob sob...

Tp dgn tea ni,insyaAllah xda masalah tu lg...


Ok...jemput minum sahabat...




Bahan utama yang ada di dalam Cinch Energy Tea Mix ni ialah : 

✿ Taurina
✿  Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
✿ Green Tea Extract
✿  White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
✿  Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
♥  Anti-mikrob
♥ Imunostimulan
♥ Anticarcinogenic
♥ anti-inflammatory
♥ perlindungan terhadap penyakit jantung
♥ Anti oksidan – perlindungan dari kanser
♥ Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
♥ Mengawal kerosakan DNA
♥ Menurunkan paras kalori dan kolesterol
♥ Detoxifiers
♥ Stimulator tenaga & kehilangan lemak

KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA MIX ini

✿ sebagai penggalak TENAGA semulajadi
✿ Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
✿ Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
✿ TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.

jOM Kita Tengok Fungsi Setiap BAHAN : 

MATCHA GREEN TEA  - antioksida yang sangat tinggi - energy booster - metabolisme booster- bakar kalori up to 4 x ganda

TAURINA- menggalakkan metabolisme- lebih bertenaga- larutkan lemak- membantu menghasilkan otot tanpa lemak

WHITE TEA- membakar lemak (lemak berlebihan)- menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu- meningkatkan metabolisme

ROOIBOS RED TEA - melarutkan lemak- meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak- agen detox yang kuat

Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil   CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.


Pengalaman umrah dan ziarah...Kisah di jabal rahmah

Assalamualaikum semua..

Hari ke 3 kami umrah dan ziarah.
Hari ni kami ke Jabal Rahmah...
Kebetulan kami ke sini...sy ingin berkongsi dgn kalian hasil tulisan dari Haji Subky Haji Abdul Latif.
Ini susunan cerita terbaik mengenai adam dan hawa.
Diharapkan sahabat punya sedikit amsa utk membaca cerita ini dan moga bertambah ilmu ttg cerita2 islam.
Di jabal rahmah ini lah adam dan hawa di temukan setelah dikeluarkan dr syurga...
Bagaimana?
Kenapa?
Baca lah kisah ini..
Dari awal hingga akhir....insyaAllah,cerita ini amat menarik.


ADAM DAN HAWA..
Dari syurga ke jabal rahmah.

Bab 1 – Khalifah Di Bumi
Pelengkap Alam
•  Adam adalah makhluk pertama dari makhluk manusia yang dicipta oleh Allah di alam ini untuk menjadi penghuni bumi dan memakmurkan bumi bersama segala makhluk haiwan dan makhluk ghaib iaitu jin.
•  Sebelum Adam, Allah telah mencipta jin dan malaikat. Jin dicipta dahulu. Iblis termasuk dalam kelompok jin. Kemudian barulah malaikat.
•  Melalui keterangan dari al-Quran diketahui bahawa manusia bukanlah pilihan pertama untuk menjadi pentadbir alam ini. Allah telah menawarkan mandat kpd makhluk lain yang sedia ada seperti langit, gunung ganang dan bukit bukau bagi mengambil peranan khalifah ini.
•  Tetapi ke semua makhluk itu menarik diri, enggan menerima tawaran itu justeru tanggungjawabnya yang terlalu berat dan masing-masing tidak terdaya menunaikannya.
Kekeliruan Mahkluk
•  Berlaku dialog antara Allah dn malaikat yang telah dirakamkan dalam al-Quran seperti:-
Dan (ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka
bertanya (tentang ketetapan Tuhan itu dengan berkata: “Adakah Engkau (Ya
Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman : ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Bab 2 – Penciptaan Adam
Bumi Bertempik
•  Allah telah memerintahkan Jibril untuk mengambil tanah pilihan di serata pelusuk bumi dari empat penjuru alam.
•  Bahagian tanah yang hendak diambil oleh Jibril itu enggan dirinya diambil walaupun Jibril datang secara beradab. Ia minta kerjasama. Bumi bertempik membantah percubaan Jibril itu.
•  Bumi tidak mahu sebahagian drp tanahnya apabila menjadi darah daging manusia nanti, nescaya ada yang termasuk dlm kumpulan mahkluk terlibat dalam perbahalan dan pembunuhan, malah ada yang derhaka kepada Allah.
•  Jibril mengadap Allah dengan tangan kosong. Kemudian Allah mengirim malaikat Mikail pula. Mikail juga berhadapan dengan masalah yang sama. Lalu Allah memerintahkan pula Israfil. Israfil juga pulang saja setelah mendengar bumi bertempik.
•  Kemudian Izrail pula diperintahkan menjalankan tugas yang berat itu. Izrail menerima layanan yang sama. Bumi bertempik. Ianya sedikit pun tidak melemahkan Izrail, sebaliknya ia sendiri membalas tempikan itu. Ia menjerkah bumi, sambil berazam pantang mengadap Allah dengan tangan kosong.
•  Akhirnya Izrail dapat menjalankan tugasnya. Allah memberi penghormatan kepadanya dgn mengamanahkannya sbg Malaikat Maut.

LembagaAdam Terbiar
•  Lembaga Adam itu tidak terus menjadi manusia yang hidup serta merta. (Surah Hijr ayat 28-29). Ia dibiarkan sehingga kering dalam tempoh waktu yg tertentu.
•  Allah boleh menjadikannya serta merta, tetapi Allah mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri mengapa lembaga itu mesti kering sendiri.
Permulaan Derhaka
•  Sejak alam dan segala isinya dicipta, tidak terdapat sebarang anasir kafir. Semuanya taat kepada Allah. Tetapi sejarah kelahiran manusia telah memulakan kewujudan hamba Allah yg kafir.
•  Perbuatan iblis yang engkar sujud kepada Adam telah menggugurkan imannya krn perintah sujud itu adalah dari Allah.
Adam Ditempatkan Di Syurga
•  Secara tepat lembaga Adam ditempat dan dikeringkan di syurga. Di situ Allah meniupkan roh ke badannya.
•  Hawa juga dicipta di syurga. Setelah iblis diperintahkan meninggalkan syurga, Adam tinggal tidak berteman.
•  Naluri manusia yang sempurna tidak boleh hidup bersendirian tanpa teman. Maka Allah mentakdirkan Adam tertidur. Ketika tidur itulah satu batang dari tulang rusuk kirinya dikeluarkan dari tubuhnya dan dijadikan seorang perempuan yang dikenali sbg Hawa.

Bab 3 – Transit Di Syurga
Ingatan Allah kepada Adam
•  Ketika memberi izin untuk mendiami syurga, Allah mengingatkan Adam tentang dua perkara.
•  1) Iblis adalah seterunya yang nyata dan seteru kpd anak cucunya hingga hari qiamat.
•  2) Jangan dekati satu pohon di syurga. Makanlah segala buah yang ada, tetapi jangan memakan buah dari pohon larangan itu, kerana ia akan menjadikan dia golongan yang zalim.
•  Dua anasir yang Allah ingatkan inilah yang kemudiannya menjadikan Adam dan Hawa juga terusir dari syurga seperti iblis yang terusir sebelumnya.
•  Allah Maha Perancang. Pokok larangan yang diharamkan kpd Adam itu adalah ujian dan persediaan bagi memungkinkan Adam dan Hawa dipindahkan ke bumi.
•  Apabila iblis mengetahui adanya ingatan Allah supaya Adam dan isterinya jangan mendekati satu pohon di syurga, maka serta merta ia menjadikan perkara itu sbg senjata utk menggoda musuhnya.
•  Iblis menggunakan taktik lebih menggoda Hawa. Sifat orang perempuan pada umumnya lebih mudah digoda dan tergoda dari orang laki-laki. Dan sifat orang laki- laki pada umumnya mudah tunduk kepada rayuan dan pujukan orang perempuan.
•  Walaupun Adam telah diingatkan bahawa iblis itu adalah musuh, tetapi dengan pujuk rayu Hawa, Adam melupai ingatan itu.

•  Iblis telah diusir dari syurga. Bagaimana dalam kawasan yang ia diharamkan, rasukannya boleh sampai kepada Adam dan Hawa?
•  Inilah kekuasaan Allah. Bisikan iblis boleh tiba kepada Adam dan Hawa walaupun mereka ditempatkan di tempat yang iblis tidak bebas mendekatinya.
Adam dan Hawa Terpedaya
•  Hawa yang lebih awal terpedaya telah memakan buah larangan itu dan dengan pujuk rayu Hawa, Adam ikut melanggar larangan itu.
•  Allah berfirman:
“Maka syaitan memujuk keduanya (utk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah itu, nampaklah oleh keduanya aurat-aurat mereka, dan mulailah mereka menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka, ‘Bukankah Aku melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua.’” Surah Al A’raaf ayat 22.
•  Adam tersangat sedih dengan kesalahan yang dilakukannya. Keduanya mengaku telah melakukan kesalahan dan segera bertaubat.
•  Taubat Adam dan Hawa telah diterima Allah. Walaupun kesalahan keduanya diampunkan oleh Allah, tetapi keterlanjuran mereka tidak dapat mengekalkan lagi mereka di syurga. Mereka dengan ini diperintahkan oleh Allah meninggalkan syurga sebagai balasan.

Bab 4 – Diusir ke Dunia
•  Adam dan Hawa tercampak di bumi di tempat yang berlainan. Pendapat popular mengatakan Adam jatuh di Sri Lanka. Tetapi ada pendapat beliau turun di India. Manakala Hawa pula dikatakan terhumban nun jauh di daerah Jeddah, di Semenanjung Arab.
Tiba Di Gelapan Malam
•  Ada khabar yang sukar disahkan, Adam mendarat pada waktu malam yang gelap gelita. Alangkah gelapnya hidup kalau dunia ini sepanjang-panjangnya gelap.
•  Yang demikian itulah ujian, itulah dugaan dan pengalaman hidup. Adam menyangka bahawa dunia adalah tempat yang gelap.
•  Bagaimana mahu mencari Hawa kalau dunia bergelap? Apakah ertinya kejelitaan wajah Hawa jika ditemui dalam gelap? Adam adalah makhluk yang dijadikan tidak boleh melihat dalam gelap. Bagaimana hendak mencari Hawa? Payahnya ujian hidup ini.
•  Puas meraba-raba, tiba-tiba terpancar segaris cahaya di timur dunia. Itulah tanda matahari terbit. Rupanya dunia tidak sepanjangnya malam. Ia ada siang dan malam.
•  Adam bersyukur. Dia sembahyang mensyukuri rahmat Allah ketika fajar mula menyinsing.

Hawa Menunggu, Adam mencari
•  Terlalu banyak penderitaan yang dihadapi sementara menunggu Adam. Kadang- kadang duduk menunggu pertemuan yang tidak diketahui bila akan berlaku adalah lebih derita dari berjalan ke sana ke mari mencari orang yang hendak ditemui.
•  Dalam keadaan seperti ini kalau kedua-dua berjalan mencari yang lain maka kemungkinan pertemuan lebih lambat atau tidak bertemu langsung. Jadi, Hawa sebagai isteri wajar menunggu dan Adam sebagai suami mesti keluar mencari.
•  Di tanah lapang gurun Arafah yang rata meluas itulah Hawa setiap hari dan setiap minggu dan bulan bergerak ke sana sini mencari bahan makanan kerana manusia memerlukan makan untuk hidup.
•  Ketika Hawa sesudah makan, maka Hawa naik ke anak bukit (Jabar Rahmah). Duduk di situ merenung jauh memerhatikan kemungkinan Adam tiba. Di situlah beliau duduk setiap hari dengan sabar dan berdoa supaya segera ditemukan Adam.
•  Adam tidak pernah hilang sabar. Sekalipun penat berjalan, Hawa belum juga ditemui. Dia berjalan terus. Terasa terlalu penat, dia berehat. Sesudah segar dia berjalan lagi. Dia sabar dan berdoa agar diberi petunjuk supaya Hawa mudah dicari.
•  Kian dekat Adam ke Jabar Rahmah, Adam kian terhidu bau Hawa dan merasakan destinasinya telah dekat. Detik hati dan naluri secara sendiri memberi tahu melalui perasaan, yang dicari sudah dekat.
•  Hawa sendiri terasa yang Adam sudah hampir sampai. Kian dekat masa bertemu, kian terasa rindu dan rasa tidak sabar untuk bertemu.


•  Dari bukit itu, Hawa mulai nampak kelibat manusia datang. Kelibat itu bermula dari satu objek yang samar-samar menjelma menjadi bentuk kecil. Ia kian membesar. Itulah wajah dan tubuh Adam. Itulah wajah yang dilihat di syurga dulu, tidak berubah. Hawa terus menunggu di tempatnya.
•  Adam tidak dapat menahan sabar untuk tiba segera ke pangkuan Hawa. Jalannya kian cepat. Langkahnya bertambah cepat. Sudah tidak terasa penat. Azamnya satu, mahu segera menemui isteri yang terpisah 40 tahun dahulu.
•  Dengan izin Allah, keduanya bersatu semula di bukit kecil yang berhari-hari Hawa duduk di situ. Selepas pertemuan itu, bukit itu diberi nama Jabal Rahmah iaitu bukit rahmat.


Penulis : Haji Subky Haji Abdul Latif


Anak tangga menuju ke jabal rahmah


Menuju ke jabal rahmah



Tiba di atas jabal rahmah.
Ada yg ambil kesempatan ini utk solat di atas jabal rahmah


Kami berdua di atas jabal rahmah..


Di atas jabal rahmah terdapat ramai peniaga berniaga.
Tp sekeliling jabal rahmah tidak bersih.
Mereka sesuka hati membuang sampah mereta2....astagfirullah hal azim...


Setelah selesai berdoa,kami bergerak ke ziarah seterusnya..ke gua hira

InsyaAllah nnt sy tulis entry ttg pengalaman di Gua hira...
InsyaAllah.

Xoxo....yuslida othman


Pengalaman umrah..hijir ismail yg kosong..

Semalam,setelah selesai umrah dgn mak mentua,sy sudah niat dlm hati yg sy nak bawa dia masuk dlm hijir ismail,dan alhamdulillah Allah beri keizinan,waktu itu mmg sesak.

Alhamdulillah allah beri sy fizikal yg sihat dan kuat utk sy lindung dan angkat mak mentua sy.

Dia semakin uzur....




Setelah selesai,kami pulang ke hotel...

Lps rehat sebentar di hotel,sy pg lagi ke masjid sendirian.

Hati sy sudah di situ walau hotel selesa dan badan penat,

tp semangat sy di masjidil haram,

jd sy pg lagi ke situ,solat,mengaji....

bila da selesai,sy bangun,jalan2 sekitar masjid...

tiba2 tergerak hati sy utk pg lagi ke hijir ismail.

Terasa nak pg.

Allah izin kn sy ke hijir ismail lg..

tp kali ni sungguh istimewa berbanding dgn umrah yg sebelum2 nya..

Saya malas nk berasak2,pd sy jika benar Allah izin kan sy ke situ pasti mudah laluan sy ke sana....

Sy tinggal di arab jd,sy mahu beri lebih peluang pd jemaah yg dtg dr jauh & yg belum ada peluang terutama nya jemaah yg tua.

Kasihan mereka..

Allah sayu hati lihat semangat jemaah warga tua..



Berbalik pd cerita sy...

Waktu nk masukke hijir ismail agak ramai,sy xmampu nk solat krn penuh tp xpe..asal dpt bdoa di dlm nya da cukup.

Sedang sy bdoa,keadaan dlm hijir ismail menjadi semakin kosong......

Sy tidak pndang kiri kanan,nmpk je depan syg kosong sy terus solat sunat....

Keadaan dlm hijir ismail semakin kosong dan semakin mnyelesakan..

Sy pandang sekeliling....

subhanallah,menangis sy....

dlm hijir ismail itu tinggal lebih kurang 10 org sj termasuk sy...

Mana pergi semua org???

Sy pandang guard,guard beri isyarat supaya sy teruskan beribadat dlm hijir ismail...


 Gambar: tiba2 hiji ismail jd kosong....

Ini pemandangan di depan sy waktu di dlm hijir ismail,sedang kan td penuh org...



Rupanya guard telah tutup pintu hijir ismail utk persediaan solat asar nnt.

Jadi kami yg masih di dlm dibiarkn solat,bdoa dgn lebih lama dan selesa.

Tidak pernah sy rasa begini,sebelum ini jika solat di hijir ismail pasti berasak2,penuh....









Gambar:suasana di hijir ismail yg semakin lengang....
MasyaAllah...

Xlama kemudian,nmpk beberapa org pkeje masuk membawa mikrophone dan ada yg lap lantai disitu....utk persediaan solat asar nnt...


Sempat juga sy ambil gambar utk kenangan sy...




Setelah solat,bdoa..sayu hati nk melangkah keluar dr hijir ismAil yg kosong ini..

Berada di dlm hijir ismail,sujud paling dgn dgn kaabah...

MasyaAllah,apa lagi sy perlu dlm hidup ini.

Manusia pendosa spt sy,tidak layak utk semua ini,tp Allah maha penyayang...

Sesiapa sj,dosa byk mana,jika kita kembali pd Allah,Allah sudi terima kita.

Allah terima hamba NYA,tp janji lah utk kembali pd NYA.

Allah tunggu "kepulangan" hamba2 NYA....








jom sahabat,hari ni,hijrah lagi sikit...

InsyaAllah...

Sy doakan kalian punya peluang spt ini jg.

InsyaAllah....


Ini hanya motivasi dan secebis dakwah sy.

Harap tidak di salah tafsir.

Wallahualam.


Xoxo...akak spec pinkπŸ’—πŸ’—πŸ’—